Isnin, 5 Ogos 2013

fajar menyinsing sinar

......terbit fajar menyinsing sinar
burung-burung berkicauan memecah sunyi
dedaun melambai-lambai kegirangan
embun suci menitik lemah 
......hati sinun berdetik kecil
tiba sudah fajar itu
bingkas dari tiduran lena
mengapai sayu bayu dipipi
senyum sinis tika berdetik dihati
fajar itu datang lagi.....
girang diwajah tidak dihati
sinun berlemah longlai 
hadapi tanggungjawab
........apa perlu ini semua.........
umpama ada tapi tiada
hadapi jua walaupun sengsara
sinun melangkah lagi
kealpaan adalah kelebihan
mengelak dosa membusar lagi...
........tapi fajar menyinsing sinar
akan ada sinar baru kelak
sinun tetap mengharap lagi
sinun tetap mengharap lagi
sinun tetap mengharap lagi


1 ulasan: